Pages

24 May 2010

Minggu 35-36

Mama: Rahim anda telah membesar 1000x original sizenya. Kalau bayi anda telah mulai engage time nih, anda kurang merasa mengah lagi, tapi tekanan pulak pada pundi kencing membuatkan anda kerap ke tandas. Anda akan merasa senang sgt letih time nih, jalan pun dah macam penguin.

Baby: Bayi anda sekarang seberat 2.5kg dan tumbesaran selepas ni jadi slow sikit; cuma 28g sehari. Pendengaran dia semakin baik (so boleh cakap2 dgn dia bila sapu minyak kat perut tuh, ngajikan dia and nasihatkan dia supaya menjadi anak yg soleh/ah). Bila perut semakin membesar, lapisan perut anda semakin tipis, jadi mata bayi da dah mula dapat membezakan malam dan siang.

10 May 2010

MINGGU KE 33-34

Anda: tangan, kaki, tumit anda senang membengkak bila dah petang atau penat, so dinasihatkan anda banyak2 berehat dgn keadaan berbaring dgn kaki lebih tinggi drp kepala (senang baring kat sofa, kaki letak kat tempat sandar lengan) untuk mengurangkan kumpul air kat kaki tuh (oedema). Minum byk2 air kosong. Tapi kalau bengkak tuh disertai dgn pening yg amat, atau pandangan kabur, cepat2lah ctc doktor anda, takut kena pre-eclampsia (darah tinggi). Bila angkat barang jaga tulang belakang anda, bengkokkan lutut bukan tulang belakang.

Bayi: bayi tgh tambahkan isi supaya comel dan tembam dan mula hilang bulu2 (lanugo) kat permukaan badannya. Masa dia tidur, mata dia dah mula bergerak2 laju (macam ita tidur bila ngigau..). Kalau ini anak pertama anda, baby dah mula engage ke dalam pelvis (tururn ke bawah) ready utk masa lahir.

07 May 2010

Minggu 31-32


Anda: sekali sekala anda merasa peur anda menegang beberapa saat, itu contraction yg dinamakan Braxton Hicks; praktis contraction untuk masa melahirkan nanti, sepatutnya tak sesakit macam masa nak beranak. Kebanyakan perempuan, secara saikologi ada mimpi2 tak elok pasal bayi mereka, jgn risau, enda nih normal.. bykkan berdoa semoga Allah selamatkan semuanya.

Bayi: Baby dlm kandungan tuh dah mula kurang ruang nak bergerak, by minggu 32 kebanyakan baby dah tak berpusing2 lagi dan mula kepala ke bawah. Pastikan bayi anda menendang sekurang2nya 1o kali sehari, kalau tak cepat2 contact bidan/doktor anda.